Wednesday, January 27, 2010

Masa....Mia.....

subhanallah..skejap tul masa berlalu...tup2 nak abis dh bulan 1..nk msk bulan 2 plak...spanjg awal tahun pun..mcm2 perkara dh berlaku..ada suka..duka..pahit..manis...tulah lumrah kehidupan....
lama tul aku x update blog ni..masa xder...org nk beblog awk pun sama..tapi....xleh nk commite sgt..hehehe..takpe janji sesekali aku update gak kan....
nak citer pasal mia la....mia skang ni..mak aiii..makin cerdik..makin kletah..hehehe...skejap jer..dh stahun sbulan ank mama kan...mcm2 kerenah...mulut dok ngomel jer..dh pandai marah aku dah...dgn muker nyer+kening bekerut..siap tangan lagi.....marah bebel kat aku..yerlah..dh time mandi dia..aku still dok ngemas umah lagi...heheheh..dia leh diri kat pintu mak tok dia..dia ngomel ntah aper2 kat aku....guling2 aku ktawa....mia...mia...tapi dh besar nanti jgn mcm tu tau..tak baik..dosa.....mia ni..kalo dia dh wat salah...x kire la per pun...dia leh salahkan mama&babah dia..hehehe..slamba jer muker dia siap ckp 'ayyok' kat kami ni... terbahak2 aku laki bini gelakkan dia...mia..mia....bnyk lagi kalo nk citer pasal mia ni...nantilah eh..kiter smbung...nak upload gambo terbaru dia pun....kemain susah lagi...nantilah yer...

Wednesday, December 16, 2009

SeLamat ULang TaHuN SaYaNg






Happy Birthday to you
Happy Birthday to you
Happy Birthday to you DaMia UcuK
Happy Birthday to you



Alhamdulillah,hari ni genap la DaMia NuR AwaTif binti MohD FaiRuz..setahun..dah besar laling mama&babah ni..makin hari makin cerdik..dh bleh bejalan+belari ngan laju..mcm2 perangai laling yg wat mama&babah ketawa&rindu selalu...






mcm tak percaya plak ari ni 16.12.2009 ank mama dh stahun...mama rasa mcm mama baru jer lahirkan mia..waktu mcm ni jam 3;12 pm mama masih dlm LB lagi..baru siap jait..mia masa tu pun dh dlm pelukan mama..tgh disusukan...comel sgt2 ank mama masa tu...cam tak caya mama dh ada anak...indah tul saat2 tu...hari berganti hari..minggu berganti minggu..bulan berganti bulan...mia membesar dgn sihat disisi mama&babah..bahagia sungguh mama&babah...sepenuh kasih sayang kami curahkan...kini smuanya hanya untuk mia...smuanya mia...hehehe...




sayang...Tiada ape yang seorang ibu dan ayah mahukan dari anaknya..hanyalah semoga anaknya berjaya di dunia dan akhirat..jadi anak yang mendoakan kedua kesejahteraan orang tuanya..Moga mia akan memenuhi kesemua itu..Jadi anak yang cemerlang dunia dan akhirat..

DaMia Nur Awatif penghibur hati mama&babah..Kami teramat sayangkan mia..moga satu hari nanti bila mia dah besar dan memahami apa yang mama tuliskan ini,mia tahu yang mama&babah akan melakukan yang terbaik untuk mia..mia akan terus membesar dengan sihat dan sempurna..

Anakku…

Bila ibu boleh memilih
Apakah ibu berbadan langsing atau berbadan besar karena mengandungmu
Maka ibu akan memilih mengandungmu…
Kerana ketika mengandungmu ibu merasakan keajaiban dan kebesaran Allah

Sembilan bulan nak…
Engkau hidup di perut ibu
Engkau ikut kemanapun ibu pergi
Engkau ikut merasakan ketika jantung ibu berdetak kerana kebahagiaan
Engkau menendang rahim ibu ketika engkau merasa tidak nyaman, kerana ibu
kecewa dan berurai air mata

Anakku…
Bila ibu boleh memilih apakah ibu harus operasi caesar, atau ibu harus berjuang melahirkanmu. Maka ibu memilih berjuang melahirkanmu Kerana menunggu dari jam ke jam, minit ke minit kelahiranmu. Adalah seperti menunggu antrian memasuki salah satu pintu surga Kerana kedahsyatan perjuanganmu untuk mencari jalan ke luar ke dunia sangat ibu rasakan Dan saat itulah kebesaran Allah menyelimuti kita berdua.

Malaikat tersenyum diantara peluh dan erangan rasa sakit,
Dan ketika engkau hadir, tangismu memecah dunia
Saat itulah…
saat paling membahagiakan
Segala sakit & derita hilang bila melihat dirimu yang merah,
Mendengarkan ayahmu mengumandangkan azan,
Kalimat syahadat kebesaran Allah dan
penetapan hati tentang junjungan kita Rasulullah di
telinga mungilmu

Anakku…
Bila ibu boleh memilih apakah ibu berdada indah,
atau harus bangun tengah malam untuk menyusuimu,
Maka ibu memilih menyusuimu,
Kerna dengan menyusuimu ibu telah membekali hidupmu dengan
titisan-titisan dan tegukan tegukan yang sangat berharga
Merasakan kehangatan bibir dan
badanmu didada ibu dalam pelukan ibu,
Adalah sebuah rasa luar biasa yang
orang lain tidak bisa rasakan

Anakku…
Jika dengan pilihan ibu, engkau merasa sepi dan merana
Maka maafkanlah nak…
Maafkan ibu…
Maafkan ibu…
Percayalah nak, ibu sedang menyempurnakan puzzle kehidupan kita,
Agar tidak ada satu kepingpun bagian puzzle kehidupan kita yang hilang

Percayalah nak…
Sepi dan ranamu adalah sebagian duka ibu
Percayalah nak…
Engkau selalu menjadi belahan nyawa ibu









mama&babah luv u so much dear! muahssss!!!!






Monday, November 30, 2009

BerSaWaNg + BerABuK

mak aii...lama tul teman tak update blog ni...aduss..bukan aper..penyakit 'm' dh dtng gini ler jadiknyer..ikutkan byk tul citer nak dicoretkan..tapi tula....penyakit 'm'+ keadaan masa x mengizinkan..nantila yer.....zasssss

Friday, June 26, 2009

AMALAN MURAH REZEKI

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.

Diantaranya:
1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu." (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah .a.)


2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:
"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas .a.)


3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
"… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." (Riwayat at-Tirmizi)


4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:

"(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (Ar-ra'd: 28)


5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
"Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya." (Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:

"Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya." (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)


6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." (Riwayat Bukhari)


7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…" (Riwayat Muslim)


8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a'lam.


9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:
"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemaAhkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya."


10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.


11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:
"Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya." (Riwayat Bukhari)


12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:
"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki." (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)


13.. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
"Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya." (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas .a.)


14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .


15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:
"Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)


16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: "… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (Ali Imran: 145)


17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca "Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang, diiringi doa: "Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim." Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a'lam.


18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.


19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.


20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:

"Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) ." (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda:
"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab .a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri "jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya." (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya

Wednesday, April 22, 2009

* My PeRFeCt FriEnDs *

My perfect friend holds me tight
My perfect friend kisses me goodnight
My perfect friend loves me for me
My perfect friend wont let me be
My perfect friend wears dark clothes
My perfect friend loves me loads
My perfect friend knows when in sad
My perfect friend isnt scared when im mad
My perfect friend makes me smile
My perfect friend would run a mile
My perfect friend is sweet at heart
My perfect friend is also smart
My perfect friend is really tall
My perfect friend will catch me when i fall
My perfect friend doesnt just look skin deep
My perfect friend is not cheap
My perfect friend is one of a kind
My perfect friend has one wild mind
My perfect friend is in my heart to stay
My perfect friend might be moving away
My perfect friend made me cry
My perfect friend can make me fly
My perfect friend left a tear in my eye
My perfect friend just said his last goodbye
My perfect friend saved my life
My perfect friend helped me battle the knife
My perfect friend is honest and true
My perfect friend just doenst get the clue
My perfect friend doesnt count my wrongs
My perfect friend writes me songs
My perfect friend will skip school
My perfect friend is deffinetly not cruel
My perfect friend is a guy
My perfect friend does not lie
My perfect friend i wished for in the past
My perfect friend is here at last
My perfect friend gives good advice
My perfect friend is so awesome and nice
My perfect friend doesnt get high
My perfect friend i have never seen cry
My perfect friend is so strong
My perfect friend is almost never wrong
My perfect friend is to perfect to say
My perfect friend told me he was moving away
My perfect friend asked if i cried
My perfect friend knows that i lied
My perfect friend is moving away
my perfect friend is in my heart to stay...

SweeT LOVE of MINE


I know it hasn't been long since I last saw you my dear,
but to me it feels as long as five hundred year.
I miss you to the point I am loosing all sanity,
There has to be an end to this entire calamity.


I think of you every second and every breath,
for you I would stare even into the face of death.
To kiss your lips is to taste the sweetness of love,
and it brings forth feelings from the heavens above.

To look into your eyes is to gaze into the sky,
so beautiful with the stars and the heavens inside.
To see your smile is to see the divine,
this poem is for you, sweet love of mine.

Wednesday, April 15, 2009

PeRikSa

Smalam...14.04.09 aku peksa..aduhai..first time tu..mcm2 yg belegar2 dlm pale otak aku ni..nak membayangkan soalan2nye...buku??? taknak tebal pulak...apa yg nak dibaca pun tak tau..rencam aku dibuatnye...biler plak masa aku nak mentelaah ni??? siang dh tentu keje..blek umah..dh sibuk ngan Damia ....aduhai...nak curi2 baca pun tak masuk dlm pale otak langsung...akhirnya..dgn smangat waja dan confident diri yg tahap gaban itam...aku nekad jer...hentam sajalah labu..ikut logik akal...hehehehe..boleh ke cam tu? ah...lantaklah...lagipun diorang kata leh refer buku..so...kalo sempat..aku selak2 la skit....
pepagi buta dh bangun...coz kena smpai ofice before 7:30 pagi..driver tunggu pat keje...ikutkan nak drive sendri..tapi memandangkan tak tau mana tempatnyer..so...mintak tolong org antorkan...smpai di J.A.Rasidence Johor...ceh...kemain confident lagi aku melangkah...ramai gak yg amik peksa ari tu..
dlm dewan tu...ada 2org pengawas dr SUK...yg sorang tu tak nak cam katun lak aku tgk..aku dh senyum2 kambing sendiri...hehehehe....ceh..masing2 pun dgn bangganyer letak buku rujukan atas meja..tetiba jer masa nak edarkan kertas soalan...pengawas tu pun berkata.." maaf yer..smua buku rujukan sila simpan...kat arahan kertas soalan ni kata...sebarang rujukan tidak dibenarkan"......masing2 dh tepinga2..alamak..biler plak arahan baru ni kuar..baru smlam bebudak ni peksa leh refer buku..naper lak time kitorng trus tak bleh..masing2 dh tak puas hati....tapi nak wat camner dh arahan JPA so..kami smua dgn muka hampa dan tertanya2...simpan la buku...
paper B..kira ok lagi soalan2nyer...masuk jer paper C...haallllaaamaaakkkk..tak nak mencanak lak susah soalanyer...aper yg merepek no soalan ni oiii...aduhai bukan lauk pauk aku lak tu....terkial2 aku nak jawab...sekali lagi..aku...hentam sajalah.....
emmm..ntahlah..mudah2an...aku lulus ngan cemerlang...tapi harapan cam nak kena repeat tu..cam cerah gak...hehehehehe...takpelah kengkawan..kalo kena repeat gak..kita jmpa lagi bulan 10 yer...huhu..tapi kurang2nya aku dh ada pengalaman peksa..dan aku dh tau camner soalan2nyer.....tepat kul 12 tengahari...smua dh setel...aku begegas balik ke kulai....tata....